Search This Blog

Saturday, August 14, 2010

Kasut Warrior zaman sekolah

Aku teringat masa zaman sekolah sekitar tahun 90an dulu. Kalau tak pakai kasut jenis ni kira tak Rock la. Masa tu awek sekolah pun pandang kasut pe yang kita pakai. Kalau BATA..emmmphh lupakan lah.


Aku cuba cari yang color putih tapi tak jumpa lagi.

Saturday, August 7, 2010

Houz Depot


Hari ni aku ke turun ke Ibukota Kuala Lumpur. Asalnya mahu ke Kamdar membeli kain pasang. Bukan untuk buat baju Raya, tak! Untuk kerja-kerja pembaikan. Dah lama tak ke Pertama Complex, ingat nak tengok-tengok Handphone. Nampak pulak Pasaraya Houz Depot ni. Dari luar tak berapa menarik tapi didalam..Wow! Cubalah kesana...kalau malas, surf aje http://www.houzdepot.com/
Macam-macam yang ada kat dalam ni. Kalau nak buat Istana, pendek kata, lengkaplah.
Inlah yang aku cari. Senang nak touch up barang kalau bercalar

Sebelum balik, cari cenderamata sikit la.

Friday, August 6, 2010

Kisah Nescafe

Add caption
Nescafé


Nescafe adalah jenama Kopi segera keluaran Nestle. Didatangkan dengan berbagai bentuk dan berbagai-bagai keluaran. Nescafe adalah singkatan kepada Nestle dan cafe. Mula diperkenalkan di Switzerland pada 1938 setelah tujuh tahun di bangunkan oleh Max Morgenthaler dan Vernon Chapman

Produk Nescafé yang lain

• Nescafé Original,

• Nescafé Gold Blend,

• Nescafé Black Gold,

• Nescafé Blend 37,

• Nescafé Decaff,

• Nescafé Gold Blend Decaff,

• Nescafé Half Caff,

• Nescafé Fine Blend,

• Nescafé Partners Blend

• Café Parisien (The Paris experience),

• Nescafé Suraya,

• Nescafé Alta Rica,

• Nescafé Alta Rica Decaff,

• Nescafé Cap Colombie,

• Nescafé Espresso,

Keluaran Istimewa Nescafé yang lain:

• Nescafé Cappuccino,

• Nescafé Cappuccino Unsweetened,

• Nescafé Cappuccino Skinny,

• Nescafé Cappuccino Decaffeinated,

• Nescafé Cappuccino Unsweetened,

• Nescafé Decaffeinated,

• Nescafé Latte Macchiato,

• Nescafé Latte,

• Nescafé Latte Skinny,

• Nescafé Ice Java Coffee Syrup

• Nescafé Excella,



Nescafé terdiri dari beberapa perasa:

• Vanilla,

• Irish Cream,

• Mocha,

• Double Choca Mocha,

• Mocha Skinny,

Di Amerika, nama Nescafe digunakan sehingga pada tahun 1960, Nestle ( Syarikat Pengeluar Nescafe ) memperkenalkan jenama baru untuk Amerika iaitu Taster’s Choice yang di bekalkan oleh Nescafe. Pada 2003 Syarikat ini telah memperkenalkan semula jenama Nescafe dan produk ini dinamakan Nescafe Taster’s Choice. Dijual di pasaran Amerika Syarikat didalam bentuk botol dan plastic.

Nestle mendakwa 3000 cawan Nescafe diminum dalam setiap saat.

Pada 2006, Nescafe telah melancarkan Mesin membancuh kopi serba baru yang dinamakan ‘Dolce Gusto”. Ia membolehkan pengguna menyediakan sendiri dengan cita rasa masing-masing ( Cappucino, Latte Macchiato, Expresso, Lungo dan lain-lain lagi). Sebagai tambahan, Hot Chocolate dan Air sejuk juga boleh disediakan di mesin ini. Mesin ini telah terjual di lebih 15 negara serata dunia.

Pada February 2005, Associated Press melapurkan Nestle telah diarahkan oleh Mahkamah membayar sejumlah $15.6 juta kepada Russell Christoff kerana menggunakan imejnya tanpa kebenaran pada label Taster’s Choice dari 1998-2003.

Band Inggeris iaitu Muse Berjaya menyaman Nescafe pada 2003 kerana lagu “Feeling Good” digunakan untuk Iklan televisyen tanpa kebenaran mengakibatkan kerugian sebanyak £500,000.

Sumber : wikipedia

Mug Milo Ice


Masa dapat mug Milo ni, ingatkan ada orang minum ais kosong tak habis. Rupanya memang tak boleh keluar air tu.

Gelas-gelas Sunquick




Kenapa namanya Sunquick?

Bermula dengan sebuah kedai runcit kecil di No. 1 Lebuh Union, Pulau Pinang; Barkath Store yang bermakna `berkat', telah berjaya berkembang pesat untuk memahatkan namanya di peta dunia dan berdiri megah untuk menyambut ulang tahunnya ke-63 pada tahun ini.

Hasil usaha keras peneraju asalnya, Allahyarham M. Abu Backer Mohd Hussain dan anaknya, Datuk Barkath Ali Abu Backer, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan Barkath, kumpulan itu kini menjadi nama yang gah dan dikenali di seluruh dunia.

Produk-produknya yang berjumlah 27 jenis terdiri dari jenama-jenama terkemuka dunia seperti air jus Sunquick serta gula-gula Hacks yang sangat popular dengan gambar orang tua batuk dalam pembungkus berwarna merah.Kedua-dua produk itu sahaja menyumbang kira-kira RM150 juta setahun kepada pendapatan Barkath.

Kini, syarikat itu merancang untuk mengeluarkan produk-produk makanannya sendiri. Antara perancangan terbarunya ialah mengeluar dan mengedarkan makanan segera seperti karipap sejuk beku dan roti canai sejuk beku menerusi anak syarikatnya Eze Foods Sdn. Bhd.

Kumpulan Barkath juga merancang untuk melabur sebanyak RM5 juta dalam pengeluaran gula-gula `tanpa gula' dan biskut di Pulau Pinang.Beliau berkata, syarikatnya juga bercadang untuk mengeluarkan gula-gula sendiri dan biskut jenama Benson.Katanya, sudah tiba masanya Kumpulan Barkath mengeluarkan produk berjenama sendiri memandangkan syarikat tersebut kini menghadapi peningkatan persaingan dari pasar raya-pasar raya besar dan juga kenaikan harga tarif bagi bahan makanan yang diimport.

Sejak Barkath Ali mengambil alih syarikatnya dari arwah bapanya pada tahun 1975, Kumpulan Barkath telah meluaskan lagi empayar niaganya dengan mempunyai lebih 20 buah anak syarikat di seluruh Asia Tenggara dan Eropah serta pejabat jualan di England, Indonesia, India, Singapura dan Arab Saudi.``Jika saya tiada lagi, saya harapkan anak-anak akan dapat meneruskan perniagaan keluarga ini kerana saya akan lebih terkilan jika ia jatuh ke tangan orang lain,'' kata Barkath Ali yang memiliki bangunan pejabat korporat sendiri bernilai kira-kira RM7 juta.``Saya percaya industri makanan di Malaysia akan terus berkembang dan kita tidak boleh bergantung kepada teknologi sekarang. ``Saya berharap anak-anak saya akan terus memberi sumbangan yang bermakna kepada syarikat dan negara,'' katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu temuramah baru-baru ini.

Barkath Ali berkata, arwah bapanya banyak memainkan peranan dalam menentukan hala tuju syarikatnya dari mula sampai kini dan berharap Kumpulan Barkath akan kekal sebagai perniagaan keluarga dan tidak berpindah tangan untuk menghargai jasa-jasa dan pengorbanan ayahnya dalam membina perniagaan itu sehingga dikenali ramai.
Barkath Ali berkata: ``Saya masih ingat, setiap kali habis sekolah atau cuti sekolah saya akan ke kedai untuk menutup akaun jualan harian dan dari situ minat untuk berniaga telah mula timbul.''
Bapanya juga mengajar bagaimana untuk berjaya dengan mengamalkan prinsip pekerja harus dilayan seperti keluarga sendiri dan prinsip itu sehingga kini masih diamalkan.
Ia penting bagi memberi keyakinan kepada pekerjanya supaya bekerja bersama-sama dan bukan bekerja untuknya.

Barkath Ali pernah memikirkan untuk menyenaraikan syarikat di Bursa Malaysia untuk mendapatkan suntikan modal lebih besar tetapi membatalkannya kerana merasakan sebagai sebuah syarikat persendirian, proses membuat keputusan adalah lebih mudah dan cepat berbanding syarikat awam yang memerlukan restu pemegang saham terlebih dahulu.
Barkath Ali berkata, beliau akan cuba sedaya upaya untuk mendidik anak-anaknya supaya menghargai susah payah keturunan mereka dalam membina perniagaan sehingga menjadi terkenal di seluruh dunia.
Menceritakan detik-detik awal penubuhan Barkath Store oleh arwah bapanya, Barkath Ali berkata, bapanya yang berasal dari Tanjore India telah datang ke Malaysia pada tahun 1929 pada usia 14 tahun untuk bekerja dengan seorang saudara di sebuah kedai yang berakhir dengan perkahwinan beliau dengan anak majikannya itu, Kahtija Beevi. Bapa Barkath Ali dianggap sebagai seorang pekerja yang rajin, tekun dan ikhlas dalam menguruskan perniagaan tersebut.
Katanya, arwah bapanya ada menceritakan kepadanya bahawa beliau tidak berhasrat untuk terus bekerja dengan orang lain kerana tiada kebebasan.

Selepas tiga tahun bekerja beliau dan dua orang rakan kongsinya telah melabur sebanyak RM5,000 untuk membuka sebuah kedai runcit kecil yang dinamakan Barkath Store selepas Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945.Hasil daripada usaha gigih , Allahyarham mula mengorak langkah dengan membuka sebuah lagi kedai runcit di Ladang Pelam, Kulim, Kedah dengan membawa saudara maranya yang miskin bekerja dengan beliau.``Arwah bapa saya sememangnya tidak menghiraukan sangat perniagaannya di situ kerana ia bukan sahaja menyediakan kemudahan untuk pekerja ladang malah turut menjadi pusat kemudahan komuniti,'' katanya.Bak kata orang, langit tidak selalunya cerah, kerana beliau mula merasai kesukaran untuk berurusniaga kerana kebanyakan pelanggannya dari golongan pekerja ladang selalu berhutang dengannya dan keadaan itu menyebabkan beliau sukar memusing modal.Bagaimanapun, pihak pengurusan ladang datang membantu dengan menjanjikan kepada beliau setiap pembelian yang dilakukan oleh pekerja ladang itu akan dibayar menerusi potongan gaji setiap bulan.

Menurut Barkath Ali, bapanya kemudiannya berjaya meluaskan perniagaannya dengan membuka cawangan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.Pada tahun 50-an, Abu Backer melihat potensi yang cukup baik apabila Pulau Pinang diberi status pulau bebas cukai.Beliau telah mengambil kesempatan untuk mengimport pebagai barangan makanan seperti biskut dan kek berjenama Elkes dan Burton, jem Robertson dan rokok berjenama Alhambra. Turut dijual ketika itu ialah ais krim premium berjenama Lypn dari England yang dijual dari pintu ke pintu dengan menggunakan basikal roda tiga.Dengan kerja kerasnya dan kemahiran dalam perniagaan, Barkath Store telah menjadi pembekal tunggal produk makanan ke seluruh dunia termasuk gula-gula Hacks.

Dalam tahun 1965, akibat kelewatan proses menghantar gula-gula Hacks dan cukai yang tinggi serta persaingan harga, Abu Backer telah memutuskan untuk berkerjasama dengan pemegang lesen Hacks, White Hudson & Co., bagi mengeluarkan gula-gula tersebut di Pulau Pinang.
Menurut Barkath Ali, pada mulanya ayahnya mendapatkan khidmat pihak ketiga untuk berjumpa dengan pengurusan Hacks.Setelah melihat potensi pasaran gula-gula Hacks yang mendapat sambutan, White Hudson & Co., bersetuju untuk melabur dan berkongsi modal RM1 juta bagi membina kilang dan memasang mesin untuk menghasilkan gula-gula Hacks. Melihat kepada potensi jualan Hacks yang begitu besar, Abu Backer mula menyuarakan hasratnya untuk membeli tanda niaga Hacks dari White Hudson & Co. bagi edaran di rantau Asia Tenggara dengan berbekalkan modal RM2.5 juta.

Pemegang hak Hacks itu telah menjual tanda niaga tersebut kepada Barkath Store pada tahun 1987, membolehkannya menguasai pasaran gula-gula Hacks bagi negara India, Brunei, Thailand dan Malaysia.
Barkath Store mula terlibat dalam pengedaran pati minuman jenama Sunquick pada tahun 1960 apabila ia mengimport produk tersebut dari Denmark.

Sebagaimana Hacks sebelum itu, Sunquick turut berdepan dengan masalah cukai yang tinggi.
Pada tahun 1970, Barkath Store telah bertemu dengan pemegang hak Sunquick, Co-Ro Food A/S Denmark bagi membuat produk itu di Mak Mandin, Pulau Pinang dengan membawa masuk pati jus berkenaan sebelum memprosesnya di sini.

Pada tahun 1978, jenama Sunquick mula dikeluarkan menerusi syarikat Barkath Co-Ro Manufacturing Sdn. Bhd., dengan bermodalkan RM15 juta hasil perkongsian 50-50 dengan syarikat induk dari Denmark itu.``Sehingga kini kita telah berjaya menghasilkan pelbagai perisa Sunquick.
``Sehingga sekarang, kita mengeluarkan lapan perisa dan menjadikan Malaysia sebagai negara terbesar pengeluaran produk tersebut,'' katanya

Sumber:
http://jutawansenyapsenyap.blogspot.com/2008/12/jenama-sunquick-naikan-nama-barkath.html

Gelas Sunquick 2010



Mulanya ke pasaraya nak beli Sunquick botol kecik jer, tapi bila tengok dapat percuma gelas bila membeli botol besar, sambar jer la. Ni tak purba la ni..lagi 20 tahun tengok....

Gelas Globe Silk Store


Dulu-dulu kalau mak-mak kita nak gi rombongan ke Kuala Lumpur, Globe Silk Store mesti ada dalam List lawatan. Ingat lagi, bangun pagi-pagi Kak Long dan Mak masak sambal telur buat bekal. Lepas habis melawati Muzium Negara, Zoo Negara, Tugu Negara dan Bangunan Parlimen, Globe destinasi terakhir peserta rombongan mencuci mata. Ada diantara mereka yang membawa duit lebih, sempat lah membeli pakaian sehelai dua. Mana yang tak berkemampuan, hanya melihat sahaja. Maklum saja pada 1985, peneroka rancangan Felda tidak semewah hari ini.
Namun aku tertanya, kemana hilangnya kegemilangan dan kemeriahan Globe Silk Store pada hari ini. Bila aku    berada di Kuala Lumpur, sedaya upaya aku ke bangunan ini untuk mengingati memori rombongan dahulu. Ternyata ia tidak semegah dahulu.

Kisah-kisah Globe Silk Store

PUTRAJAYA, 25 Mei — Mahkamah Rayuan hari ini memberi tempoh sehingga Khamis ini untuk bekas pemilik gedung membeli-belah, Globe Silk Store, Tan Sri Kishu Tirathrai dan keluarganya membayar denda RM200,000 kerana menghina mahkamah atau berdepan dengan hukuman penjara tiga bulan.

Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin, yang mengetuai panel tiga hakim, membenarkan rayuan keluarga itu untuk mengenepikan hukuman penjara tiga bulan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan menggantikan dengan denda RM50,000 setiap orang atau hukuman penjara tiga bulan.
Kishu, 69, isterinya Puan Sri Mona Kishu, 67 dan dua anak lelaki mereka — Vinod, 40, dan Bushan, 37, dikenakan hukuman penjara tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Julai, 2007, kerana campur tangan dan menghalang perintah penjualan bangunan membeli-belah itu.

Abu Samah dan Hakim Datuk Ramly Ali dan Datuk Mohamed Apandi Ali, bagaimanapun, membenarkan permohonan untuk menangguhkan perintah itu sehingga pukul 3 petang pada Khamis ini. Peguam keluarga Kishu, T. Gunaseelan, memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan perintah itu untuk seminggu bagi membolehkan mereka mendapatkan jumlah wang itu.

Katanya Kishu dan isteri diisytiharkan muflis manakala kedua-dua anak lelaki mereka turut mengalami nasib yang sama tetapi mendapat perintah mahkamah untuk menangguhkan perintah muflis tersebut. Peguam Bank HSBC, Benjamin Dawson, berkata pihaknya tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan keluarga itu untuk menangguhkan perintah itu. Terdahulu itu, Gunaseelan memberitahu mahkamah anak guamnya memohon maaf dan tidak mahu meneruskan rayuan terhadap sabitan tetapi sebaliknya hanya mahu memohon kepada mahkamah untuk mengenepikan hukuman penjara.

Dawson berkata pihak bank tidak akan mendesak untuk hukuman penjara terhadap empat ahli keluarga itu jika mereka insaf, bertaubat dan memohon maaf serta tidak meneruskan dengan rayuan tersebut. Keempat-empat mereka kini bebas dengan jaminan RM10,000 setiap orang dengan seorang penjamin sementara menunggu penyelesaian kes rayuan itu.

Globe Silk Store, yang diasaskan pada 1930, telah mendirikan bangunan 12 tingkat di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pada 1977. Bank HSBC telah memulakan prosiding menghina mahkamah pada 2004 terhadap syarikat keluarga itu, Tiratharai Sdn Bhd dan empat pengarahnya apabila mereka ingkar perintah mahkamah dengan meletakkan empat kaveat, satu cubaan injunksi dan dua perintah injunksi ‘‘ex-parte’’ ke atas bangunan Globe Silk Store. Kaveat dan perintah menghalang itu semuanya berkuatkuasa dalam masa beberapa hari selepas cadangan lelong oleh bank berkenaan, menyebabkan proses lelong ditangguhkan sebanyak empat kali. —

Posted by JAMILKUCING at 10:27 PM


Botol air Milo Sea Games Singapore 1993





Sukan Sea ke 17 diadakan di Singapura pada 12 hingga 20 Jun 1993. Malaysia telah "berjaya " menduduki tempat ke 5 dengan jumlah 43 pingat emas 45 Perak dan 65 Gangsa.

Gelas Milo Sea Games Bangkok 1985




Sukan Sea Ke 13 di adakan di Bangkok, Thailand dari 8 December - 17 December 1985. Dimana kedudukan Negara kita?


Rank↓ Nation↓ Gold↓ Silver↓ Bronze↓ Total↓
1. Thailand 92 66 59 217
2. Indonesia 62 73 76 211
3. Philippines 43 54 32 129
4. Malaysia 26 28 32 86
5. Singapore 16 11 23 50
6. Burma 13 19 34 66
7. Brunei 0 0 3 3
8. Flag of the People's Republic of Kampuchea.svg People's Republic of Kampuchea 0 0 0 0


Singapore Airline






Entah macamana ter berkenan pulak nak menyimpan Beg dari Singapore Airline ni. Ada tertera nama pemiliknya iaitu Sharifah Shafeeza. Tiada beralamat. Macamana boleh tersesat di kedai secondhand ni tak tau la. Perhatikan Alamat Tour Agency itu. Nombor telefonnya masih 7 angka.

Bubble Up




Sebelum aku membeli gelas ni, aku tak pasti adakah gelas ni baru atau semipurba. Bila check & Survey di internet, barulah tahu Jenama Bubble Up ni sedikit purba..
Tertera dibawahnya The Amoy Canning Corp'n (M) Ltd. Lama la tu kot. Gelas Green Spot yang aku tengok ada gak chop The Amoy Canning Corp'n tapi Singapore Ltd.

Sedikit info tentang Bubble Up:


Bubble Up adalah sejenis Jenama Minuman Lemon-Limau Soda. Dicipta pertamakali pada tahun 1917 oleh Sweet Valley Product Company Sandusky, Ohio. Pada tahun 1978, Bubble Up dibeli oleh Monarch Beverages Company di Atlanta Georgia. Monarch memiliki jenama ini sehingga 2007, bilamana Syarikat ini menjual kepada Dad's Root Beer Jasper, Indiana. Bubble Up dikeluarkan oleh Dad's Root Beer untuk pasaran US manakala Bubble Up keluarab Monarch ada lah untuk pasaran Antarabangsa (terutama di Asia dan Afrika)

Sejarah

Bubble Up bermula pada 1919 sebagai minuman ringan berkabonet Lemon-Limau. Bubble Up dikeluarkan sepuluh tahun awal dari pesaing utamanya iaitu 7 Up. Dengan Tag Line "A Kiss Of Lemon, A Kiss Of Lime" Bubble Up diedarkan oleh Rangkaian Coca Cola Bottler sebagaimana Sprite.

Pinggan FnN





Pinggan FnN Milk Powder ni rasanya lebih tua dari usia aku. Hanya ada pinggan sahaja. Kawan-kawan kalau ada adik-adik atau family dia, sila share info.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...