Search This Blog

Monday, April 16, 2012

Lain dicari lain yang jumpa


Berberapa hari yang lepas, mak aku suruh bawak dia ke Nursery bunga untuk membeli pasu bunga. Terasa malas sangat nak gerak hari tu. Rasa macam nak duduk rumah je. Bila difikir pulak mak yang suruh, aku terpaksa akur lalu menghidupkan kereta dengan perasaan malas.

Sampai disitu,aku terus masuk ke dalam kedai yang menyimpan banyak pasu kecil sesuai untuk peminat bongsai. Sambil membelek-belek pasu bongsai, aku ternampak deretan Mug Nescafe ni. Tanpa berlengah terus aku bertanya Apek tentang harganya. "Itu cawan manyak lama suta duduk sana, lu mau lu angkat la molah-molah". Oleh kerana ada 3 design iaitu hitam, coklat dan merah maka aku ambik 3 sajalah. Tak payah tamak sangat sampai nak ambil semua. Tinggal lah untuk orang lain pulak kerana bukan aku sorang je dalam Malaysia ni peminat Nescafe dan kumpul mug.


Jadi kawan-kawan, bila mak anda ajak anda kemana-mana, jangan lah malas-malas. Ada sesuatu untuk anda..percayalah

Wednesday, August 17, 2011

Jejak kasih Nescafe Gold

Salam semua. Bulan Ramadhan yang mulia ini tak dapatlah nak menjalankan aktiviti mengumpul mug seperti sebelumnya. Hari-hari sibuk menguruskan perniagaan lemang di Bazaar Ramadhan. Dari pagi sampai ke tengahari sibuk menyediakan lemang. Manakala petang pula dah sibuk di Bazaar Ramadhan. Kalau dihitung, hampir sudah 3 minggu tak meronda di kedai bundle untuk mencari mug. Namun semalam, ketika ingin membeli beras pulut di sebuah kedai runcit, terlihat kelibat piring hitam segitiga bertulis Necafe Gold. Cuba-cuba mencari pasangannya namun tiada diketemui. Lantas bertanya kepada tuan kedai berapakah nilai kalau beli piring itu sahaja. Tuan kedai berkata"kalau berminat, bawak balik sajalah kerana cawannya dah tak ada." Dengan pantas dibawa keluar dari kedai beserta ucapan "terima kasih".


Kalau tengok dari atas, bentuknya tak ubah seperti sekeping pick gitar. Apakah pick gitar tu? seseorang bertanya. Untuk pengetahuan anda, pick gitar adalah satu alat yang digunakan kebanyakkan pemain gitar. Dengan menggunakan pick, bunyi yang terhasil lebih menarik dari mengunakan jari. Gambar pick gitar seperti dibawah.
Sebelum ini, aku ada sebiji mug Nescafe Gold dalam entri sebelumnya, tetapi tidak terfikir yang sebenarnya mug ni ada pasangannya. Jadi sekarang, kira dah berpasangan lah mug aku ini. Kalau mug ni bernyawa, pasti bahagia kerana ada teman baru disisi. Tidaklah terasa sunyi.
Aku juga yang sorang-sorang..huuuuuuuu..


Tuesday, August 9, 2011

Mutiara Telecom

Syarikat komunikasi telefon, DiGi Telecommunications bertapak di bumi Malaysia pada tahun 1995. Dulu ia dikenali sebagai Mutiara Telecom. Pada peringkat awalnya, rakyat negara ini memandang rendah keupayaan syarikat ini. Saya masih teringat seketika dahulu, saya diejek kerana menggunakan talian 016. Kata rakan-rakan saya, di Kuala Lumpur boleh pakai la,bila balik kampung handphone kena simpan dalam beg kerana tiada talian. 


Sushi King

Entah mengapa dalam banyak-banyak restoran popular di Kuala Lumpur ni, Sushi King aku tak pernah masuk untuk merasa makanan disitu. Agaknya banyak menu diorang ni tak kena dengan citarasa aku kot. Walaubagaimanapun, Mug Sushi King ni memang menarik perhatian aku sampai sanggup aku beli. Mungkin kerana warnanya.




Untuk info tentang Sushi King, click disini




Monday, May 16, 2011

Gelas Globe Silk Store - Part 2




GLOBE SILK STORE
SEGAMAT-KUALA LUMPUR-SINGAPORE

Hmmmmpphh...Segamat? Why Segamat? Can anyone explain to me?

Info DON GLOBE SILK STORE

DON, jenama dalaman Globe, telah menghasilkan fesyen fabrik semenjak 1951. Produk DON terdiri dari pakaian lelaki, wanita dan pakaian kanak-kanak.DON terus kukuh dari segi konsep, gaya, imej dan penampilan.  Menuju abad ke 21, DON menawarkan barangan  klasik dan kontemporari tak ketinggalan koleksi fesyen. DON keluaran  Mona Industries Malaysia Sdn Bhd boleh didapati esklusif hanya Globe Silk Store.


Dari Pahang ke Kedah - Part 2


Di Lembah Bertam ini terdapat gerai menjual cenderamata berhampiran Cameron Valley pengeluar Produk Teh Bharat Cameron. Untuk kenang-kenangan aku memilih untuk membeli Cenderamata berbentuk Mug berharga RM12.00 . Terdapat berbagai produk selain dari mug antaranya T-Shirt, key chain, alatulis dan bermacam-macam lagi. Jadi jangan lupa, kalau singgah di Lembah Bertam ini, dapatkan Mug Cameron Valley untuk koleksi anda.

Dari Pahang ke Kedah





Hey guys! Whats up..Minggu lalu aku ke Gurun, Kedah meraikan majlis perkhawinan adik lelaki dengan gadis pilihannya dari Kg Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. Masa perjalanan memang panjang kerana rombongan kami merentasi Banjaran Titiwangsa melalui Cameron Highlands. Ada diantara mak cik-mak cik rombongan tu yang belum pernah jejakkan kaki ke tanah tinggi ni. Kali terahkir aku ke sini pada tahun 1999 lalu. Pada ketika itu Cameron Highlands cuacanya amat dingin sekali. Bayangkan ketika suatu pagi aku turun bersarapan di sebuah cafe menikmati secawan teh panas, lima minit sahaja air teh panas tadi menjadi sejuk. Nampaknya cuaca di Cameron Highlands tidak sedingin dahulu. Mungkin kerana faktor penerokaan tanah pertanian secara berleluasa mengakibatkan berlakunya perubahan cuaca yang amat ketara ini.

Kami berhenti di Gerai menjual cenderamata di Lembah Bertam. Ada diantara kami yg mengambil kesempatan bergambar untuk kenangan tanda pernah sampai ke salah satu pusat peranginan yang terkenal di Malaysia ini. Banyak cenderamata yang menarik antaranya koleksi mini Nescafe berbagai jenis. Bagi peminat Nescafe, mungkin anda tahu Nescafe Blend 37,Espresso dan Nescafe Cap Colombie amat sukar dinikmati kecuali kita bercuti ke United Kingdom. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...