Search This Blog
Friday, May 13, 2011
Untuk di jual / For sale Singapore Airlines Travelling bag
Untuk di jual / For sale The Faderal Bakery Plate
Sunday, February 20, 2011
Street Fighter & Super Mario - Nak main scroll bahagian paling bawah
Ketika zaman remaja dulu, salah satu hiburan yang menjadi kegilaan adalah permainan video ni. Masa tu belum ada Playstation. Permainan konsul Atari kalau ada pun tak mampu beli. Komputer peribadi jauh sekali. Teringat ketika tahun 1990 dulu kalau mak bapak beri duit belanja je, aku dan kawan-kawan tanpa berlengah ke pekan Kuala Krau menaiki bot. Harga tambang bot masa tu 50sen je. Bayar pulak masa balik. Tokey bot pun tahu takkan ada orang pergi tak balik-balik. Ada 5 Ringgit pun cukup dah. Macam dah banyak sangat duit. Lepas beli air botol coke dan main game pun dah cukup bagus. Aku teringat masa tu Coke botolnya kontot dan gemuk. Payah nak jumpa dah. Kat blog Rasli ada gambarnya.
Sampai di Pekan Kuala Krau, kitorang terus ke Pusat permainan video. Gi kaunter tukar duit syiling 20sen, sampai petang la kitorang layan Street Fighter atau Mario atau main Spider yang ada gambar makwe seksi tu. Dah agak nak petang kitorang balik naik bot. Sekarang bot-bot tu dah tak de lagi sebab Jambatan Sultan Hj Ahmad Shah dah lama siap. Kedai-kedai tu masih ada lagi tapi dah jadi kedai Top up.
Oleh kerana nostalgia nya game ini aku ada masukkan dalam blog ni gak. Sapa-sapa nak try..scroll bahagian bawah sekali blog ini. Mana tahu boleh membangkitkan kenangan lama. Selamat bergembira
Labels:
Games,
Permainan,
Street Fighter,
Super Mario
Thursday, December 30, 2010
Dumex Tea Set
Lama sungguh dah tak masukkan sebarang entry dek kerana masalah kesihatan yang tak berapa mengizinkan. Ni la baru nak start balik. Rakan-rakan blog yang lain apa macam? Ada yang dapat barang baek? Hari ni saya nak share photo yang saya ambil berberapa bulan lalu. Set minaman teh Dumex keluaran EAC Crockery. Set ini hampir lengkap hanya kekurangan 1 cawan dan 1 piring. Rak tu hanyalah props untuk mengindahkan foto ni. Didapati secara tak sengaja. Pada mulanya masuk ke kedai barangan terpakai berdekatan hanya untuk mencari kalau-kalau ada mug-mug yang menarik untuk dibuat koleksi. Setelah tuan kedai menawarkan set ini dengan harga yang boleh juga dikatakan berpatutan, tanpa membuang masa, aku sambar le.
Ni gambar longgokkan set minuman teh Dumex sebelum di miliki oleh tuan yang baru.
Sunday, December 19, 2010
Kisah Hand phone 2
Sebelum adanya Sony Ericsson, Handset keluaran Ericsson menjadi kegilaan aku. Masa itu Ericsson belum bergabung dengan Syarikat Sony lagi. Aku memiliki berberapa Model Ericsson. Tapi yang masih berada dalam simpanan dah tak berapa banyak. Model Ericsson T28 memang unik bagi aku. Dengan Style Flip dan nipis, bangga sungguh bila disangkut di dada. Style ni memang popular dulu. Sampai sekarang pun ada kaum hawa yang buat cam tu.
Wednesday, December 8, 2010
Handphone-Satu kisah
Ini kisah Handphone. Ada orang panggil talpon tangan, Handset, Telefon Bimbit dan sebagainya. Masa aku bekerja di Subang Jaya sekitar 1994 dulu, aku dan abang aku adalah diantara orang yang awal menggunakan Handset. Kami memang lama mengimpikan untuk memiliki sebuah Handset. Bila duit dah siap kumpul aku pun ke Subang Parade untuk membelinya. Abang aku terlebih dulu memilikinya. Walaupun harganya agak mahal sekitar RM400-RM800 pada masa itu, aku tak menoleh kebelakang lagi. Memang teruja bila benda yang kita impikan berada di tapak tangan sendiri.
Model pertama yang aku beli ni ialah Nokia 100. Di anugerahkan
Subscribe to:
Posts (Atom)

















