Search This Blog
Thursday, September 30, 2010
Saturday, August 14, 2010
Saturday, August 7, 2010
Houz Depot
Hari ni aku ke turun ke Ibukota Kuala Lumpur. Asalnya mahu ke Kamdar membeli kain pasang. Bukan untuk buat baju Raya, tak! Untuk kerja-kerja pembaikan. Dah lama tak ke Pertama Complex, ingat nak tengok-tengok Handphone. Nampak pulak Pasaraya Houz Depot ni. Dari luar tak berapa menarik tapi didalam..Wow! Cubalah kesana...kalau malas, surf aje http://www.houzdepot.com/
Macam-macam yang ada kat dalam ni. Kalau nak buat Istana, pendek kata, lengkaplah.
Inlah yang aku cari. Senang nak touch up barang kalau bercalar
Sebelum balik, cari cenderamata sikit la.
Friday, August 6, 2010
Kisah Nescafe
![]() |
| Add caption |
Nescafé
Nescafe adalah jenama Kopi segera keluaran Nestle. Didatangkan dengan berbagai bentuk dan berbagai-bagai keluaran. Nescafe adalah singkatan kepada Nestle dan cafe. Mula diperkenalkan di Switzerland pada 1938 setelah tujuh tahun di bangunkan oleh Max Morgenthaler dan Vernon Chapman
Produk Nescafé yang lain
• Nescafé Original,
• Nescafé Gold Blend,
• Nescafé Black Gold,
• Nescafé Blend 37,
• Nescafé Decaff,
• Nescafé Gold Blend Decaff,
• Nescafé Half Caff,
• Nescafé Fine Blend,
• Nescafé Partners Blend
• Café Parisien (The Paris experience),
• Nescafé Suraya,
• Nescafé Alta Rica,
• Nescafé Alta Rica Decaff,
• Nescafé Cap Colombie,
• Nescafé Espresso,
Keluaran Istimewa Nescafé yang lain:
• Nescafé Cappuccino,
• Nescafé Cappuccino Unsweetened,
• Nescafé Cappuccino Skinny,
• Nescafé Cappuccino Decaffeinated,
• Nescafé Cappuccino Unsweetened,
• Nescafé Decaffeinated,
• Nescafé Latte Macchiato,
• Nescafé Latte,
• Nescafé Latte Skinny,
• Nescafé Ice Java Coffee Syrup
• Nescafé Excella,
Nescafé terdiri dari beberapa perasa:
• Vanilla,
• Irish Cream,
• Mocha,
• Double Choca Mocha,
• Mocha Skinny,
Di Amerika, nama Nescafe digunakan sehingga pada tahun 1960, Nestle ( Syarikat Pengeluar Nescafe ) memperkenalkan jenama baru untuk Amerika iaitu Taster’s Choice yang di bekalkan oleh Nescafe. Pada 2003 Syarikat ini telah memperkenalkan semula jenama Nescafe dan produk ini dinamakan Nescafe Taster’s Choice. Dijual di pasaran Amerika Syarikat didalam bentuk botol dan plastic.
Nestle mendakwa 3000 cawan Nescafe diminum dalam setiap saat.
Pada 2006, Nescafe telah melancarkan Mesin membancuh kopi serba baru yang dinamakan ‘Dolce Gusto”. Ia membolehkan pengguna menyediakan sendiri dengan cita rasa masing-masing ( Cappucino, Latte Macchiato, Expresso, Lungo dan lain-lain lagi). Sebagai tambahan, Hot Chocolate dan Air sejuk juga boleh disediakan di mesin ini. Mesin ini telah terjual di lebih 15 negara serata dunia.
Pada February 2005, Associated Press melapurkan Nestle telah diarahkan oleh Mahkamah membayar sejumlah $15.6 juta kepada Russell Christoff kerana menggunakan imejnya tanpa kebenaran pada label Taster’s Choice dari 1998-2003.
Band Inggeris iaitu Muse Berjaya menyaman Nescafe pada 2003 kerana lagu “Feeling Good” digunakan untuk Iklan televisyen tanpa kebenaran mengakibatkan kerugian sebanyak £500,000.
Sumber : wikipedia
Gelas-gelas Sunquick
Kenapa namanya Sunquick?
Bermula dengan sebuah kedai runcit kecil di No. 1 Lebuh Union, Pulau Pinang; Barkath Store yang bermakna `berkat', telah berjaya berkembang pesat untuk memahatkan namanya di peta dunia dan berdiri megah untuk menyambut ulang tahunnya ke-63 pada tahun ini.
Hasil usaha keras peneraju asalnya, Allahyarham M. Abu Backer Mohd Hussain dan anaknya, Datuk Barkath Ali Abu Backer, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan Barkath, kumpulan itu kini menjadi nama yang gah dan dikenali di seluruh dunia.
Produk-produknya yang berjumlah 27 jenis terdiri dari jenama-jenama terkemuka dunia seperti air jus Sunquick serta gula-gula Hacks yang sangat popular dengan gambar orang tua batuk dalam pembungkus berwarna merah.Kedua-dua produk itu sahaja menyumbang kira-kira RM150 juta setahun kepada pendapatan Barkath.
Kini, syarikat itu merancang untuk mengeluarkan produk-produk makanannya sendiri. Antara perancangan terbarunya ialah mengeluar dan mengedarkan makanan segera seperti karipap sejuk beku dan roti canai sejuk beku menerusi anak syarikatnya Eze Foods Sdn. Bhd.
Kumpulan Barkath juga merancang untuk melabur sebanyak RM5 juta dalam pengeluaran gula-gula `tanpa gula' dan biskut di Pulau Pinang.Beliau berkata, syarikatnya juga bercadang untuk mengeluarkan gula-gula sendiri dan biskut jenama Benson.Katanya, sudah tiba masanya Kumpulan Barkath mengeluarkan produk berjenama sendiri memandangkan syarikat tersebut kini menghadapi peningkatan persaingan dari pasar raya-pasar raya besar dan juga kenaikan harga tarif bagi bahan makanan yang diimport.
Sejak Barkath Ali mengambil alih syarikatnya dari arwah bapanya pada tahun 1975, Kumpulan Barkath telah meluaskan lagi empayar niaganya dengan mempunyai lebih 20 buah anak syarikat di seluruh Asia Tenggara dan Eropah serta pejabat jualan di England, Indonesia, India, Singapura dan Arab Saudi.``Jika saya tiada lagi, saya harapkan anak-anak akan dapat meneruskan perniagaan keluarga ini kerana saya akan lebih terkilan jika ia jatuh ke tangan orang lain,'' kata Barkath Ali yang memiliki bangunan pejabat korporat sendiri bernilai kira-kira RM7 juta.``Saya percaya industri makanan di Malaysia akan terus berkembang dan kita tidak boleh bergantung kepada teknologi sekarang. ``Saya berharap anak-anak saya akan terus memberi sumbangan yang bermakna kepada syarikat dan negara,'' katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu temuramah baru-baru ini.
Barkath Ali berkata, arwah bapanya banyak memainkan peranan dalam menentukan hala tuju syarikatnya dari mula sampai kini dan berharap Kumpulan Barkath akan kekal sebagai perniagaan keluarga dan tidak berpindah tangan untuk menghargai jasa-jasa dan pengorbanan ayahnya dalam membina perniagaan itu sehingga dikenali ramai.
Barkath Ali berkata: ``Saya masih ingat, setiap kali habis sekolah atau cuti sekolah saya akan ke kedai untuk menutup akaun jualan harian dan dari situ minat untuk berniaga telah mula timbul.''
Bapanya juga mengajar bagaimana untuk berjaya dengan mengamalkan prinsip pekerja harus dilayan seperti keluarga sendiri dan prinsip itu sehingga kini masih diamalkan.
Ia penting bagi memberi keyakinan kepada pekerjanya supaya bekerja bersama-sama dan bukan bekerja untuknya.
Barkath Ali pernah memikirkan untuk menyenaraikan syarikat di Bursa Malaysia untuk mendapatkan suntikan modal lebih besar tetapi membatalkannya kerana merasakan sebagai sebuah syarikat persendirian, proses membuat keputusan adalah lebih mudah dan cepat berbanding syarikat awam yang memerlukan restu pemegang saham terlebih dahulu.
Barkath Ali berkata, beliau akan cuba sedaya upaya untuk mendidik anak-anaknya supaya menghargai susah payah keturunan mereka dalam membina perniagaan sehingga menjadi terkenal di seluruh dunia.
Menceritakan detik-detik awal penubuhan Barkath Store oleh arwah bapanya, Barkath Ali berkata, bapanya yang berasal dari Tanjore India telah datang ke Malaysia pada tahun 1929 pada usia 14 tahun untuk bekerja dengan seorang saudara di sebuah kedai yang berakhir dengan perkahwinan beliau dengan anak majikannya itu, Kahtija Beevi. Bapa Barkath Ali dianggap sebagai seorang pekerja yang rajin, tekun dan ikhlas dalam menguruskan perniagaan tersebut.
Katanya, arwah bapanya ada menceritakan kepadanya bahawa beliau tidak berhasrat untuk terus bekerja dengan orang lain kerana tiada kebebasan.
Selepas tiga tahun bekerja beliau dan dua orang rakan kongsinya telah melabur sebanyak RM5,000 untuk membuka sebuah kedai runcit kecil yang dinamakan Barkath Store selepas Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945.Hasil daripada usaha gigih , Allahyarham mula mengorak langkah dengan membuka sebuah lagi kedai runcit di Ladang Pelam, Kulim, Kedah dengan membawa saudara maranya yang miskin bekerja dengan beliau.``Arwah bapa saya sememangnya tidak menghiraukan sangat perniagaannya di situ kerana ia bukan sahaja menyediakan kemudahan untuk pekerja ladang malah turut menjadi pusat kemudahan komuniti,'' katanya.Bak kata orang, langit tidak selalunya cerah, kerana beliau mula merasai kesukaran untuk berurusniaga kerana kebanyakan pelanggannya dari golongan pekerja ladang selalu berhutang dengannya dan keadaan itu menyebabkan beliau sukar memusing modal.Bagaimanapun, pihak pengurusan ladang datang membantu dengan menjanjikan kepada beliau setiap pembelian yang dilakukan oleh pekerja ladang itu akan dibayar menerusi potongan gaji setiap bulan.
Menurut Barkath Ali, bapanya kemudiannya berjaya meluaskan perniagaannya dengan membuka cawangan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.Pada tahun 50-an, Abu Backer melihat potensi yang cukup baik apabila Pulau Pinang diberi status pulau bebas cukai.Beliau telah mengambil kesempatan untuk mengimport pebagai barangan makanan seperti biskut dan kek berjenama Elkes dan Burton, jem Robertson dan rokok berjenama Alhambra. Turut dijual ketika itu ialah ais krim premium berjenama Lypn dari England yang dijual dari pintu ke pintu dengan menggunakan basikal roda tiga.Dengan kerja kerasnya dan kemahiran dalam perniagaan, Barkath Store telah menjadi pembekal tunggal produk makanan ke seluruh dunia termasuk gula-gula Hacks.
Dalam tahun 1965, akibat kelewatan proses menghantar gula-gula Hacks dan cukai yang tinggi serta persaingan harga, Abu Backer telah memutuskan untuk berkerjasama dengan pemegang lesen Hacks, White Hudson & Co., bagi mengeluarkan gula-gula tersebut di Pulau Pinang.
Menurut Barkath Ali, pada mulanya ayahnya mendapatkan khidmat pihak ketiga untuk berjumpa dengan pengurusan Hacks.Setelah melihat potensi pasaran gula-gula Hacks yang mendapat sambutan, White Hudson & Co., bersetuju untuk melabur dan berkongsi modal RM1 juta bagi membina kilang dan memasang mesin untuk menghasilkan gula-gula Hacks. Melihat kepada potensi jualan Hacks yang begitu besar, Abu Backer mula menyuarakan hasratnya untuk membeli tanda niaga Hacks dari White Hudson & Co. bagi edaran di rantau Asia Tenggara dengan berbekalkan modal RM2.5 juta.
Pemegang hak Hacks itu telah menjual tanda niaga tersebut kepada Barkath Store pada tahun 1987, membolehkannya menguasai pasaran gula-gula Hacks bagi negara India, Brunei, Thailand dan Malaysia.
Barkath Store mula terlibat dalam pengedaran pati minuman jenama Sunquick pada tahun 1960 apabila ia mengimport produk tersebut dari Denmark.
Sebagaimana Hacks sebelum itu, Sunquick turut berdepan dengan masalah cukai yang tinggi.
Pada tahun 1970, Barkath Store telah bertemu dengan pemegang hak Sunquick, Co-Ro Food A/S Denmark bagi membuat produk itu di Mak Mandin, Pulau Pinang dengan membawa masuk pati jus berkenaan sebelum memprosesnya di sini.
Pada tahun 1978, jenama Sunquick mula dikeluarkan menerusi syarikat Barkath Co-Ro Manufacturing Sdn. Bhd., dengan bermodalkan RM15 juta hasil perkongsian 50-50 dengan syarikat induk dari Denmark itu.``Sehingga kini kita telah berjaya menghasilkan pelbagai perisa Sunquick.
``Sehingga sekarang, kita mengeluarkan lapan perisa dan menjadikan Malaysia sebagai negara terbesar pengeluaran produk tersebut,'' katanya
Sumber:
http://jutawansenyapsenyap.blogspot.com/2008/12/jenama-sunquick-naikan-nama-barkath.html
Subscribe to:
Posts (Atom)












