Buku bertajuk “Berchakap Melayu” ini tidak dapat dipastikan keluaran tahun bila. Terdapat catatan yang bertulis 349 North Bridge Road, Singapore 7. Ada kemungkinan ini Syarikat penerbitan atau percetakannya. Pada mulanya buku ini nampak seperti biasa saja pada aku. Namun bila di baca, terdapat nilai-nilai sejarah yang boleh kita rujuk didalam nya.
Selain dari gaya bahasa penulisan dan adab sopan bertutur,boleh dipelajari juga bahawa sistem pengangkutan di Malaya pada masa itu sangat berbeza berbanding sekarang. Sebagai contoh, di muka surat 34, terdapat dialog seperti berikut:
Choo Kiam: itu mengikut chara apa saudara menghantar surat saudara. Kalau dengan pos kapal laut lebeh kurang tiga minggu baru sampai. Jika dengan pos udara sa-lewat2-nya sa-minggu saja.
Menarik? Adakah kita semua kenal dan tahu apa dan dimana Istana Tamu, Sekolah Gambar, Taman Asohan RIDA dan Radio Malaya. Buku ini memberi persoalan dikepala aku untuk mencari jawapannya.
No comments:
Post a Comment