Search This Blog

Tuesday, November 2, 2010

Mug Lucky Coin




Mug Lucky Coin Club ni datangnya dari Casino de Genting,Genting Highland.pernah dulu berkunjung ke Casino atas ajakan teman semasa bertugas di Petaling Jaya pada pertengahan 1999. Masa itu sesiapa yang berkunjung ke Casino tersebut dimestikan memakai baju batik. Tidak ada masalah jika tidak mempunyai baju batik kerana disitu boleh menyewa dengan harga RM30.Agak malang ketika itu kerana baju sewa yang dipakai koyak dibahagian kocek. Pada mula tidak berapa perasan sehingga lah waktu hendak memulangkan semula ke Counter penyerahan. Tentu you allz tahu apa musibah nya bukan? Pengajaran check dulu baju sebelum sewa.Its a bad sign.Pernah dengar ayat "beginers luck"? Nasib selalu menyebelahi pendatang baru. Well, not to me.
Sekarang dah tak perlu batik lagi. Asal berkolar jer dah boleh on.Itulah kali pertama dan terakhir aku berpeluang masuk ke Casino de Genting.Masih terbayang lagi motor Harley Davidson dan kereta ferrari tergantung di atas siling.Macam-macam perangai manusia boleh kita lihat.Suasana tempat tu memang indah. Ada member pesan, bila masuk ke situ jangan terkhayal dengan kecantikan lampu kristal besar yang ada kat atas syiling tu. Nanti tak nak balik pulak. Kepada umat Islam aku nasihatkan tak payah la ada cita-cita nak kesana.Nak masuk pintu Kasino nanti guard soal, nanti di alam Barzakh pun kena soal apsal masuk kat sana.

Photo yang ke2 tu sengaja aku potretkan duit syiling 50sen tahun 1968. Kata orang, ramai yang cari duit belah tengah ni untuk puja nombor ekor. tak tau le betul ke tidak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...