Search This Blog

Sunday, February 20, 2011

Street Fighter & Super Mario - Nak main scroll bahagian paling bawah



Ketika zaman remaja dulu, salah satu hiburan yang menjadi kegilaan adalah permainan video ni. Masa tu belum ada Playstation. Permainan konsul Atari kalau ada pun tak mampu beli. Komputer peribadi jauh sekali.   Teringat ketika tahun 1990 dulu kalau mak bapak beri duit belanja je, aku dan kawan-kawan tanpa berlengah  ke pekan Kuala Krau menaiki bot. Harga tambang bot masa tu 50sen je. Bayar pulak masa balik. Tokey bot pun tahu takkan ada orang pergi tak balik-balik. Ada 5 Ringgit pun cukup dah. Macam dah banyak sangat duit. Lepas beli air botol coke dan main game pun dah cukup bagus. Aku teringat masa tu Coke botolnya kontot dan gemuk. Payah nak jumpa dah. Kat blog Rasli ada gambarnya. 
Sampai di Pekan Kuala Krau, kitorang terus ke Pusat permainan video. Gi kaunter tukar duit syiling 20sen, sampai petang la kitorang layan Street Fighter atau Mario atau main Spider yang ada gambar makwe seksi tu. Dah agak nak petang kitorang balik naik bot. Sekarang bot-bot tu dah tak de lagi sebab Jambatan Sultan Hj Ahmad Shah dah lama siap. Kedai-kedai tu masih ada lagi tapi dah jadi kedai Top up. 
Oleh kerana nostalgia nya game ini aku ada masukkan dalam blog ni gak. Sapa-sapa nak try..scroll bahagian bawah sekali blog ini. Mana tahu boleh membangkitkan kenangan lama. Selamat bergembira


Thursday, December 30, 2010

Dumex Tea Set


Lama sungguh dah tak masukkan sebarang entry dek kerana masalah kesihatan yang tak berapa mengizinkan. Ni la baru nak start balik. Rakan-rakan blog yang lain apa macam? Ada yang dapat barang baek? Hari ni saya nak share photo yang saya ambil berberapa bulan lalu. Set minaman teh Dumex keluaran EAC Crockery. Set ini hampir lengkap hanya kekurangan 1 cawan dan 1 piring. Rak tu hanyalah props untuk mengindahkan foto ni. Didapati secara tak sengaja. Pada mulanya masuk ke kedai barangan terpakai berdekatan hanya untuk mencari kalau-kalau ada mug-mug yang menarik untuk dibuat koleksi. Setelah tuan kedai menawarkan set ini dengan harga yang boleh juga dikatakan berpatutan, tanpa membuang masa, aku sambar le.
 Ni gambar longgokkan set minuman teh Dumex sebelum di miliki oleh tuan yang baru. 

Sunday, December 19, 2010

Kisah Hand phone 2


Sebelum adanya Sony Ericsson, Handset keluaran Ericsson menjadi kegilaan aku. Masa itu Ericsson belum bergabung dengan Syarikat Sony lagi. Aku memiliki berberapa Model Ericsson. Tapi yang masih berada dalam simpanan dah tak berapa banyak. Model Ericsson T28 memang unik bagi aku. Dengan Style Flip dan nipis, bangga sungguh bila disangkut di dada. Style ni memang popular dulu. Sampai sekarang pun ada kaum hawa yang buat cam tu.

Wednesday, December 8, 2010

Handphone-Satu kisah

Ini kisah Handphone. Ada orang panggil talpon tangan, Handset, Telefon Bimbit dan sebagainya. Masa aku bekerja di Subang Jaya sekitar 1994 dulu, aku dan abang aku adalah diantara orang yang awal menggunakan Handset. Kami memang lama mengimpikan untuk memiliki sebuah Handset. Bila duit dah siap kumpul aku pun ke Subang Parade untuk membelinya. Abang aku terlebih dulu memilikinya. Walaupun harganya agak mahal sekitar RM400-RM800 pada masa itu, aku tak menoleh kebelakang lagi. Memang teruja bila benda yang kita impikan berada di tapak tangan sendiri.
 Model pertama yang aku beli ni ialah Nokia 100. Di anugerahkan

Sunday, November 28, 2010

Mug Chipsmore


Chips More sangat sinonim dengan biskut. Ingat tak sekejap ada sekejap tak de! Biskut keluaran Syarikat Kraft Malaysia ni memang sedap. Tak kira bebudak ataupun yang dah dewasa semua suka. Sekejap ada..sekejap takde pun sinonim dengan kehidupan kita. Sekejap ada duit..sekejap takde, sekejap ada line..sekejap takde dan macam-macam lagi sekejap ada sekejap takde. Aku pulak sekejap ada barang nak posting sekejap takde. Kalau kat Felda pulak, baru sekejap potong buah sawit..sekejap lagi dah takde. Kena rembat dengan Malmstiem ( Mat Stim ).


Mug ni dapat di Pekan Lanchang ketika singgah nak beli air mineral kat kedai Serbaneka. Mungkin dah nak jadi rezeki kot. Dari jauh dah terpancar warna-warna menarik mug ni. Apalagi sambar terus.Selain dari warnanya yang menarik, pemegangnya sedikit unik. Ala-ala telinga manusia gitu. Semua karekter berperwatakan ceria kecuali mug warna Purple tu, masam semacam jer.

Wednesday, November 10, 2010

Set pinggan Quaker




Salam 1 Malaysia. Dah lama tak online dek kerana kesibukan tugas.Minggu lalu aktiviti begitu padat.Bila siap kerja, kereta pulak buat hal.Dalam sibuk-sibuk tu sempat jugak singgah kat kedai barangan terpakai.Manalah tahu kalau-kalau ada benda yang nak jadi rezeki.
Dari kejauhan terlihat berberapa keping pinggan yang agak lusuh. Dengan debu melitupi hampir keseluruhan permukaannya, aku memeriksa secara ala kadar. Seperti ada suara-suara aneh membisik agar aku menyentuhnya.Perlahan-lahan

Tuesday, November 2, 2010

Mug Lucky Coin




Mug Lucky Coin Club ni datangnya dari Casino de Genting,Genting Highland.pernah dulu berkunjung ke Casino atas ajakan teman semasa bertugas di Petaling Jaya pada pertengahan 1999. Masa itu sesiapa yang berkunjung ke Casino tersebut dimestikan memakai baju batik. Tidak ada masalah jika tidak mempunyai baju batik kerana disitu boleh menyewa dengan harga RM30.Agak malang ketika itu kerana baju sewa yang dipakai koyak dibahagian kocek. Pada mula tidak berapa perasan sehingga lah waktu hendak memulangkan semula ke Counter penyerahan. Tentu you allz tahu apa musibah nya bukan? Pengajaran check dulu baju sebelum sewa.Its a bad sign.Pernah dengar ayat "beginers luck"? Nasib selalu menyebelahi pendatang baru. Well, not to me.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...