Search This Blog

Tuesday, October 26, 2010

Mug Vykmin


Salam bahagia kepada rakan-rakan seperminatan sekalian. kali ini saya nak berkongsi kesedihan sedikit. Bila saya terjumpa Mug Vykmin ni hati saya menjadi luluh seketika. Bukan kerana kecantikan mug ini. ada satu kisah sedih saya semasa kanak-kanak. Hu..hu..

Zaman kanak-kanak saya amat perit. Saya kanak-kanak yang berpenyakit. Walaupun saya tak mengerti apa penyakit yang saya hidapi namun saya mengerti bahawa saya tidak seperti kanak-kanak lain yang sihat dan ceria. Pagi dan malam saya terpaksa memakan pil Vykmin dan bermacam-macam ubat lagi yan g saya tidak ketahui. Pil Vykmin mempunyai 2 biji dalam tablet. Satu biji berwarna hitam dan satu lagi berwarna merah.Rasanya usah la cerita,loya tekak.

* Gambar pill Vykmin ni pinjam dari blog http://muhatoppublished.blogspot.com


Tapi kita kan kanak-kanak lagi masa tu. Tak nak makan pun terpaksa gak la telan.Meniti usia remaja,saya Fobia bila melihat warna merah dan Hitam bersama. Teringat Vykmin. Bila kereta tak boleh start, kena check batteri. Bila nampak wayar bateri hitam-merah saya teringat Vykmin. Kalau hifi kat rumah tak berbunyi speakernya, kena gak tengok wayar hitam-merah. teringat lagi kat Vykmin.

Sekarang alhamdulillah. Saya tidak perlu lagi menelan benda-benda tu semua.Tapi nostalgia Vkymin tetap dalam ingatan ku...

1 comment:

  1. Bro, zaman saya kecik kecik, ayah memang selalu makan benda ini...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...