Search This Blog

Wednesday, August 17, 2011

Jejak kasih Nescafe Gold

Salam semua. Bulan Ramadhan yang mulia ini tak dapatlah nak menjalankan aktiviti mengumpul mug seperti sebelumnya. Hari-hari sibuk menguruskan perniagaan lemang di Bazaar Ramadhan. Dari pagi sampai ke tengahari sibuk menyediakan lemang. Manakala petang pula dah sibuk di Bazaar Ramadhan. Kalau dihitung, hampir sudah 3 minggu tak meronda di kedai bundle untuk mencari mug. Namun semalam, ketika ingin membeli beras pulut di sebuah kedai runcit, terlihat kelibat piring hitam segitiga bertulis Necafe Gold. Cuba-cuba mencari pasangannya namun tiada diketemui. Lantas bertanya kepada tuan kedai berapakah nilai kalau beli piring itu sahaja. Tuan kedai berkata"kalau berminat, bawak balik sajalah kerana cawannya dah tak ada." Dengan pantas dibawa keluar dari kedai beserta ucapan "terima kasih".


Kalau tengok dari atas, bentuknya tak ubah seperti sekeping pick gitar. Apakah pick gitar tu? seseorang bertanya. Untuk pengetahuan anda, pick gitar adalah satu alat yang digunakan kebanyakkan pemain gitar. Dengan menggunakan pick, bunyi yang terhasil lebih menarik dari mengunakan jari. Gambar pick gitar seperti dibawah.
Sebelum ini, aku ada sebiji mug Nescafe Gold dalam entri sebelumnya, tetapi tidak terfikir yang sebenarnya mug ni ada pasangannya. Jadi sekarang, kira dah berpasangan lah mug aku ini. Kalau mug ni bernyawa, pasti bahagia kerana ada teman baru disisi. Tidaklah terasa sunyi.
Aku juga yang sorang-sorang..huuuuuuuu..


Tuesday, August 9, 2011

Mutiara Telecom

Syarikat komunikasi telefon, DiGi Telecommunications bertapak di bumi Malaysia pada tahun 1995. Dulu ia dikenali sebagai Mutiara Telecom. Pada peringkat awalnya, rakyat negara ini memandang rendah keupayaan syarikat ini. Saya masih teringat seketika dahulu, saya diejek kerana menggunakan talian 016. Kata rakan-rakan saya, di Kuala Lumpur boleh pakai la,bila balik kampung handphone kena simpan dalam beg kerana tiada talian. 


Sushi King

Entah mengapa dalam banyak-banyak restoran popular di Kuala Lumpur ni, Sushi King aku tak pernah masuk untuk merasa makanan disitu. Agaknya banyak menu diorang ni tak kena dengan citarasa aku kot. Walaubagaimanapun, Mug Sushi King ni memang menarik perhatian aku sampai sanggup aku beli. Mungkin kerana warnanya.




Untuk info tentang Sushi King, click disini




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...