Search This Blog

Thursday, December 30, 2010

Dumex Tea Set


Lama sungguh dah tak masukkan sebarang entry dek kerana masalah kesihatan yang tak berapa mengizinkan. Ni la baru nak start balik. Rakan-rakan blog yang lain apa macam? Ada yang dapat barang baek? Hari ni saya nak share photo yang saya ambil berberapa bulan lalu. Set minaman teh Dumex keluaran EAC Crockery. Set ini hampir lengkap hanya kekurangan 1 cawan dan 1 piring. Rak tu hanyalah props untuk mengindahkan foto ni. Didapati secara tak sengaja. Pada mulanya masuk ke kedai barangan terpakai berdekatan hanya untuk mencari kalau-kalau ada mug-mug yang menarik untuk dibuat koleksi. Setelah tuan kedai menawarkan set ini dengan harga yang boleh juga dikatakan berpatutan, tanpa membuang masa, aku sambar le.
 Ni gambar longgokkan set minuman teh Dumex sebelum di miliki oleh tuan yang baru. 

Sunday, December 19, 2010

Kisah Hand phone 2


Sebelum adanya Sony Ericsson, Handset keluaran Ericsson menjadi kegilaan aku. Masa itu Ericsson belum bergabung dengan Syarikat Sony lagi. Aku memiliki berberapa Model Ericsson. Tapi yang masih berada dalam simpanan dah tak berapa banyak. Model Ericsson T28 memang unik bagi aku. Dengan Style Flip dan nipis, bangga sungguh bila disangkut di dada. Style ni memang popular dulu. Sampai sekarang pun ada kaum hawa yang buat cam tu.

Wednesday, December 8, 2010

Handphone-Satu kisah

Ini kisah Handphone. Ada orang panggil talpon tangan, Handset, Telefon Bimbit dan sebagainya. Masa aku bekerja di Subang Jaya sekitar 1994 dulu, aku dan abang aku adalah diantara orang yang awal menggunakan Handset. Kami memang lama mengimpikan untuk memiliki sebuah Handset. Bila duit dah siap kumpul aku pun ke Subang Parade untuk membelinya. Abang aku terlebih dulu memilikinya. Walaupun harganya agak mahal sekitar RM400-RM800 pada masa itu, aku tak menoleh kebelakang lagi. Memang teruja bila benda yang kita impikan berada di tapak tangan sendiri.
 Model pertama yang aku beli ni ialah Nokia 100. Di anugerahkan

Sunday, November 28, 2010

Mug Chipsmore


Chips More sangat sinonim dengan biskut. Ingat tak sekejap ada sekejap tak de! Biskut keluaran Syarikat Kraft Malaysia ni memang sedap. Tak kira bebudak ataupun yang dah dewasa semua suka. Sekejap ada..sekejap takde pun sinonim dengan kehidupan kita. Sekejap ada duit..sekejap takde, sekejap ada line..sekejap takde dan macam-macam lagi sekejap ada sekejap takde. Aku pulak sekejap ada barang nak posting sekejap takde. Kalau kat Felda pulak, baru sekejap potong buah sawit..sekejap lagi dah takde. Kena rembat dengan Malmstiem ( Mat Stim ).


Mug ni dapat di Pekan Lanchang ketika singgah nak beli air mineral kat kedai Serbaneka. Mungkin dah nak jadi rezeki kot. Dari jauh dah terpancar warna-warna menarik mug ni. Apalagi sambar terus.Selain dari warnanya yang menarik, pemegangnya sedikit unik. Ala-ala telinga manusia gitu. Semua karekter berperwatakan ceria kecuali mug warna Purple tu, masam semacam jer.

Wednesday, November 10, 2010

Set pinggan Quaker




Salam 1 Malaysia. Dah lama tak online dek kerana kesibukan tugas.Minggu lalu aktiviti begitu padat.Bila siap kerja, kereta pulak buat hal.Dalam sibuk-sibuk tu sempat jugak singgah kat kedai barangan terpakai.Manalah tahu kalau-kalau ada benda yang nak jadi rezeki.
Dari kejauhan terlihat berberapa keping pinggan yang agak lusuh. Dengan debu melitupi hampir keseluruhan permukaannya, aku memeriksa secara ala kadar. Seperti ada suara-suara aneh membisik agar aku menyentuhnya.Perlahan-lahan

Tuesday, November 2, 2010

Mug Lucky Coin




Mug Lucky Coin Club ni datangnya dari Casino de Genting,Genting Highland.pernah dulu berkunjung ke Casino atas ajakan teman semasa bertugas di Petaling Jaya pada pertengahan 1999. Masa itu sesiapa yang berkunjung ke Casino tersebut dimestikan memakai baju batik. Tidak ada masalah jika tidak mempunyai baju batik kerana disitu boleh menyewa dengan harga RM30.Agak malang ketika itu kerana baju sewa yang dipakai koyak dibahagian kocek. Pada mula tidak berapa perasan sehingga lah waktu hendak memulangkan semula ke Counter penyerahan. Tentu you allz tahu apa musibah nya bukan? Pengajaran check dulu baju sebelum sewa.Its a bad sign.Pernah dengar ayat "beginers luck"? Nasib selalu menyebelahi pendatang baru. Well, not to me.

Thursday, October 28, 2010

KFC Stuff

Kentucky Fried Chicken.Teringat lagi ketika mula-mula menjejakkan kaki ke restoran makanan segera yang satu ni pada bulan Ogos 1992. Ketika rakan-rakan yang lain termasuk bro Rasli memesan berbagai jenis makanan, aku hanya mendiamkan diri dan mengikut saja apa yang dipesan mereka. Aku langsung tak faham apa ke bendanya maksud-maksud snack plate,wedges dan macam-macam perkataan lagi.Bila sampai hidangan, aku pelik juga sebab takde nasi melainkan lauk je.Maklum le, orang kampung baru datang bandar, kena ketawa la bila tanya nasi. Tapi siapa sangka KFC sekarang memang dah ada nasi!

KFC bukanlah

Tuesday, October 26, 2010

Mug Vykmin


Salam bahagia kepada rakan-rakan seperminatan sekalian. kali ini saya nak berkongsi kesedihan sedikit. Bila saya terjumpa Mug Vykmin ni hati saya menjadi luluh seketika. Bukan kerana kecantikan mug ini. ada satu kisah sedih saya semasa kanak-kanak. Hu..hu..

Zaman kanak-kanak saya amat perit. Saya kanak-kanak yang berpenyakit. Walaupun saya tak mengerti apa penyakit yang saya hidapi namun saya mengerti bahawa saya tidak seperti kanak-kanak lain yang sihat dan ceria. Pagi dan malam saya terpaksa memakan pil Vykmin dan bermacam-macam ubat lagi yan g saya tidak ketahui. Pil Vykmin mempunyai 2 biji dalam tablet. Satu biji berwarna hitam dan satu lagi berwarna merah.Rasanya usah la cerita,loya tekak.

* Gambar pill Vykmin ni pinjam dari blog http://muhatoppublished.blogspot.com

Tuesday, October 19, 2010

Sudu Nescafe


Apa khabar semua! Hari ni nak cerita skit pasal sudu Nescafe ni. Selalu sangat tengok mug jer kan. Sudu ni baru dapat jer 2 minggu lepas. Cam biasa tak pernah cukup 1 set.Grrrrr!!.
Baru baru ni Nescafe ada bagi free sudu tapi aku blom dapat lagi..Tak pe kalau ada rezeki tak kemana

Monday, October 18, 2010

Sepetang di rumah customer




Semalam ada job di Lanchang, Pahang. Tuan rumah tu namanya Kak Normah. Bila dah siap kerja biasalah tuan rumah ajak minum. Kat atas meja dia berlambak Mug Darlie. Bila di tanya, memang dia suka kumpul mug-mug ni. Tu yang kat atas meja tu dia belum susun lagi. Kak Normah hanya mengumpul Brand Darlie je. Jenama lain takde. Banyak gak koleksi dia yang aku takde. Nak mintak malu...

Saturday, October 16, 2010

Gelas Sunquick 2007

Gelas terbaru dalam koleksi. Walaupun ianya tak secantik gelas tahun 2008 tapi unik. Biasanya Sunquick tak lari dengan imej oren. Pe hal pulak dengan Nenas?

Kata Bro Rasli kena kumpul 6 biji baru lengkap 1 set..

Nescafe Gold Mug

Waa..comelnya mug yang baru dapat ni. Jarang nampak Mug Nescafe Gold. Kebiasaannya Mug Necafe merah jeyang popular. Harap-harap lepas ni boleh dapat Mug Nescafe Gold yang real gold punya..kalo ada rezeki la..RM100,000 tu.

Nescafe Gold Mug Contest Form

NESCAFEGoldMugEntryform2

Thursday, October 14, 2010

Commonwealth Games / Sukan Komanwel


Semalam adalah hari terakhir Atlit Malaysia bertanding di Sukan Komanwel ke 19 di Delhi, India. Petang semalam ada 4 acara akhir membabitkan atlit Malaysia bagi merebut pingat emas dalam acara kegemaran aku iaitu Badminton. Selepas aksi bergu campuran Khoo Kien kiet & Chin Ee Hui, ada pulak job yang terpaksa kena attend. Pergggh menyirap! Dalam terpaksa, pergi jugalah. Time camni lah ada job. Lepas habis games tak leh ke?
Bila siap je kerja, aku singgah di port biasa. Tau apa yang aku dapat? Mug Sukan Komanwel 98 Kuala Lumpur. Kat belakang dia tu ada gambar sukan Badminton. Korang rasa ada kaitan ke semua kejadian tadi, atau hanya satu kebetulan. Tapi yang penting kita mesti Positif kerana setiap kejadian ada bersebab.

Sekarang boleh la aku pair kan dengan koleksi baju yang dah lama tersimpan ni.

Saturday, October 2, 2010

TMnet starter pack



Semasa mula-mula internet nak berkembang di Malaysia dulu, aku rasa aku adalah orang pertama dikalangan kawan-kawan aku yang mempunyai akses internet pada tahun 1998. Pakej yg diperkenalkan oleh Telekom Malaysia kepada rakyat pada masa itu lebih kurang harga sekarang gak. TMnet memperkenalkan pakej serendah RM69. Boleh la..mampu milik walaupun kena bebel dengan bekas tunang dulu. Apa taknya..tidur jam 4-5 pagi. Mata dah macam beruang Panda. Macam-macam yang aku tengok. Dunia tanpa batasan. Tapi masa tu You Tube dan Facebook belum ada. Tengok jelah apa yang kita jarang dapat tengok.
Buku bertajuk “Berchakap Melayu” ini tidak dapat dipastikan keluaran tahun bila. Terdapat catatan yang bertulis 349 North Bridge Road, Singapore 7. Ada kemungkinan ini Syarikat penerbitan atau percetakannya. Pada mulanya buku ini nampak seperti biasa saja pada aku. Namun bila di baca, terdapat nilai-nilai sejarah yang boleh kita rujuk didalam nya.
Selain dari gaya bahasa penulisan dan adab sopan bertutur,boleh dipelajari juga bahawa sistem pengangkutan  di Malaya pada masa itu sangat berbeza berbanding sekarang. Sebagai contoh, di muka surat 34, terdapat dialog seperti berikut:
Choo Kiam: itu mengikut chara apa saudara menghantar surat saudara. Kalau dengan pos kapal laut lebeh kurang tiga minggu baru sampai. Jika dengan pos udara sa-lewat2-nya sa-minggu saja.
Menarik? Adakah kita semua kenal dan tahu apa dan dimana Istana Tamu, Sekolah Gambar, Taman Asohan RIDA dan Radio Malaya. Buku ini memberi persoalan dikepala aku untuk mencari jawapannya.

Thursday, September 30, 2010

Mug Nescafe Gold






Dah dapat borang peraduan Nescafe Gold?

Saturday, August 14, 2010

Kasut Warrior zaman sekolah

Aku teringat masa zaman sekolah sekitar tahun 90an dulu. Kalau tak pakai kasut jenis ni kira tak Rock la. Masa tu awek sekolah pun pandang kasut pe yang kita pakai. Kalau BATA..emmmphh lupakan lah.


Aku cuba cari yang color putih tapi tak jumpa lagi.

Saturday, August 7, 2010

Houz Depot


Hari ni aku ke turun ke Ibukota Kuala Lumpur. Asalnya mahu ke Kamdar membeli kain pasang. Bukan untuk buat baju Raya, tak! Untuk kerja-kerja pembaikan. Dah lama tak ke Pertama Complex, ingat nak tengok-tengok Handphone. Nampak pulak Pasaraya Houz Depot ni. Dari luar tak berapa menarik tapi didalam..Wow! Cubalah kesana...kalau malas, surf aje http://www.houzdepot.com/
Macam-macam yang ada kat dalam ni. Kalau nak buat Istana, pendek kata, lengkaplah.
Inlah yang aku cari. Senang nak touch up barang kalau bercalar

Sebelum balik, cari cenderamata sikit la.

Friday, August 6, 2010

Kisah Nescafe

Add caption
Nescafé


Nescafe adalah jenama Kopi segera keluaran Nestle. Didatangkan dengan berbagai bentuk dan berbagai-bagai keluaran. Nescafe adalah singkatan kepada Nestle dan cafe. Mula diperkenalkan di Switzerland pada 1938 setelah tujuh tahun di bangunkan oleh Max Morgenthaler dan Vernon Chapman

Produk Nescafé yang lain

• Nescafé Original,

• Nescafé Gold Blend,

• Nescafé Black Gold,

• Nescafé Blend 37,

• Nescafé Decaff,

• Nescafé Gold Blend Decaff,

• Nescafé Half Caff,

• Nescafé Fine Blend,

• Nescafé Partners Blend

• Café Parisien (The Paris experience),

• Nescafé Suraya,

• Nescafé Alta Rica,

• Nescafé Alta Rica Decaff,

• Nescafé Cap Colombie,

• Nescafé Espresso,

Keluaran Istimewa Nescafé yang lain:

• Nescafé Cappuccino,

• Nescafé Cappuccino Unsweetened,

• Nescafé Cappuccino Skinny,

• Nescafé Cappuccino Decaffeinated,

• Nescafé Cappuccino Unsweetened,

• Nescafé Decaffeinated,

• Nescafé Latte Macchiato,

• Nescafé Latte,

• Nescafé Latte Skinny,

• Nescafé Ice Java Coffee Syrup

• Nescafé Excella,



Nescafé terdiri dari beberapa perasa:

• Vanilla,

• Irish Cream,

• Mocha,

• Double Choca Mocha,

• Mocha Skinny,

Di Amerika, nama Nescafe digunakan sehingga pada tahun 1960, Nestle ( Syarikat Pengeluar Nescafe ) memperkenalkan jenama baru untuk Amerika iaitu Taster’s Choice yang di bekalkan oleh Nescafe. Pada 2003 Syarikat ini telah memperkenalkan semula jenama Nescafe dan produk ini dinamakan Nescafe Taster’s Choice. Dijual di pasaran Amerika Syarikat didalam bentuk botol dan plastic.

Nestle mendakwa 3000 cawan Nescafe diminum dalam setiap saat.

Pada 2006, Nescafe telah melancarkan Mesin membancuh kopi serba baru yang dinamakan ‘Dolce Gusto”. Ia membolehkan pengguna menyediakan sendiri dengan cita rasa masing-masing ( Cappucino, Latte Macchiato, Expresso, Lungo dan lain-lain lagi). Sebagai tambahan, Hot Chocolate dan Air sejuk juga boleh disediakan di mesin ini. Mesin ini telah terjual di lebih 15 negara serata dunia.

Pada February 2005, Associated Press melapurkan Nestle telah diarahkan oleh Mahkamah membayar sejumlah $15.6 juta kepada Russell Christoff kerana menggunakan imejnya tanpa kebenaran pada label Taster’s Choice dari 1998-2003.

Band Inggeris iaitu Muse Berjaya menyaman Nescafe pada 2003 kerana lagu “Feeling Good” digunakan untuk Iklan televisyen tanpa kebenaran mengakibatkan kerugian sebanyak £500,000.

Sumber : wikipedia

Mug Milo Ice


Masa dapat mug Milo ni, ingatkan ada orang minum ais kosong tak habis. Rupanya memang tak boleh keluar air tu.

Gelas-gelas Sunquick




Kenapa namanya Sunquick?

Bermula dengan sebuah kedai runcit kecil di No. 1 Lebuh Union, Pulau Pinang; Barkath Store yang bermakna `berkat', telah berjaya berkembang pesat untuk memahatkan namanya di peta dunia dan berdiri megah untuk menyambut ulang tahunnya ke-63 pada tahun ini.

Hasil usaha keras peneraju asalnya, Allahyarham M. Abu Backer Mohd Hussain dan anaknya, Datuk Barkath Ali Abu Backer, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan Barkath, kumpulan itu kini menjadi nama yang gah dan dikenali di seluruh dunia.

Produk-produknya yang berjumlah 27 jenis terdiri dari jenama-jenama terkemuka dunia seperti air jus Sunquick serta gula-gula Hacks yang sangat popular dengan gambar orang tua batuk dalam pembungkus berwarna merah.Kedua-dua produk itu sahaja menyumbang kira-kira RM150 juta setahun kepada pendapatan Barkath.

Kini, syarikat itu merancang untuk mengeluarkan produk-produk makanannya sendiri. Antara perancangan terbarunya ialah mengeluar dan mengedarkan makanan segera seperti karipap sejuk beku dan roti canai sejuk beku menerusi anak syarikatnya Eze Foods Sdn. Bhd.

Kumpulan Barkath juga merancang untuk melabur sebanyak RM5 juta dalam pengeluaran gula-gula `tanpa gula' dan biskut di Pulau Pinang.Beliau berkata, syarikatnya juga bercadang untuk mengeluarkan gula-gula sendiri dan biskut jenama Benson.Katanya, sudah tiba masanya Kumpulan Barkath mengeluarkan produk berjenama sendiri memandangkan syarikat tersebut kini menghadapi peningkatan persaingan dari pasar raya-pasar raya besar dan juga kenaikan harga tarif bagi bahan makanan yang diimport.

Sejak Barkath Ali mengambil alih syarikatnya dari arwah bapanya pada tahun 1975, Kumpulan Barkath telah meluaskan lagi empayar niaganya dengan mempunyai lebih 20 buah anak syarikat di seluruh Asia Tenggara dan Eropah serta pejabat jualan di England, Indonesia, India, Singapura dan Arab Saudi.``Jika saya tiada lagi, saya harapkan anak-anak akan dapat meneruskan perniagaan keluarga ini kerana saya akan lebih terkilan jika ia jatuh ke tangan orang lain,'' kata Barkath Ali yang memiliki bangunan pejabat korporat sendiri bernilai kira-kira RM7 juta.``Saya percaya industri makanan di Malaysia akan terus berkembang dan kita tidak boleh bergantung kepada teknologi sekarang. ``Saya berharap anak-anak saya akan terus memberi sumbangan yang bermakna kepada syarikat dan negara,'' katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu temuramah baru-baru ini.

Barkath Ali berkata, arwah bapanya banyak memainkan peranan dalam menentukan hala tuju syarikatnya dari mula sampai kini dan berharap Kumpulan Barkath akan kekal sebagai perniagaan keluarga dan tidak berpindah tangan untuk menghargai jasa-jasa dan pengorbanan ayahnya dalam membina perniagaan itu sehingga dikenali ramai.
Barkath Ali berkata: ``Saya masih ingat, setiap kali habis sekolah atau cuti sekolah saya akan ke kedai untuk menutup akaun jualan harian dan dari situ minat untuk berniaga telah mula timbul.''
Bapanya juga mengajar bagaimana untuk berjaya dengan mengamalkan prinsip pekerja harus dilayan seperti keluarga sendiri dan prinsip itu sehingga kini masih diamalkan.
Ia penting bagi memberi keyakinan kepada pekerjanya supaya bekerja bersama-sama dan bukan bekerja untuknya.

Barkath Ali pernah memikirkan untuk menyenaraikan syarikat di Bursa Malaysia untuk mendapatkan suntikan modal lebih besar tetapi membatalkannya kerana merasakan sebagai sebuah syarikat persendirian, proses membuat keputusan adalah lebih mudah dan cepat berbanding syarikat awam yang memerlukan restu pemegang saham terlebih dahulu.
Barkath Ali berkata, beliau akan cuba sedaya upaya untuk mendidik anak-anaknya supaya menghargai susah payah keturunan mereka dalam membina perniagaan sehingga menjadi terkenal di seluruh dunia.
Menceritakan detik-detik awal penubuhan Barkath Store oleh arwah bapanya, Barkath Ali berkata, bapanya yang berasal dari Tanjore India telah datang ke Malaysia pada tahun 1929 pada usia 14 tahun untuk bekerja dengan seorang saudara di sebuah kedai yang berakhir dengan perkahwinan beliau dengan anak majikannya itu, Kahtija Beevi. Bapa Barkath Ali dianggap sebagai seorang pekerja yang rajin, tekun dan ikhlas dalam menguruskan perniagaan tersebut.
Katanya, arwah bapanya ada menceritakan kepadanya bahawa beliau tidak berhasrat untuk terus bekerja dengan orang lain kerana tiada kebebasan.

Selepas tiga tahun bekerja beliau dan dua orang rakan kongsinya telah melabur sebanyak RM5,000 untuk membuka sebuah kedai runcit kecil yang dinamakan Barkath Store selepas Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945.Hasil daripada usaha gigih , Allahyarham mula mengorak langkah dengan membuka sebuah lagi kedai runcit di Ladang Pelam, Kulim, Kedah dengan membawa saudara maranya yang miskin bekerja dengan beliau.``Arwah bapa saya sememangnya tidak menghiraukan sangat perniagaannya di situ kerana ia bukan sahaja menyediakan kemudahan untuk pekerja ladang malah turut menjadi pusat kemudahan komuniti,'' katanya.Bak kata orang, langit tidak selalunya cerah, kerana beliau mula merasai kesukaran untuk berurusniaga kerana kebanyakan pelanggannya dari golongan pekerja ladang selalu berhutang dengannya dan keadaan itu menyebabkan beliau sukar memusing modal.Bagaimanapun, pihak pengurusan ladang datang membantu dengan menjanjikan kepada beliau setiap pembelian yang dilakukan oleh pekerja ladang itu akan dibayar menerusi potongan gaji setiap bulan.

Menurut Barkath Ali, bapanya kemudiannya berjaya meluaskan perniagaannya dengan membuka cawangan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.Pada tahun 50-an, Abu Backer melihat potensi yang cukup baik apabila Pulau Pinang diberi status pulau bebas cukai.Beliau telah mengambil kesempatan untuk mengimport pebagai barangan makanan seperti biskut dan kek berjenama Elkes dan Burton, jem Robertson dan rokok berjenama Alhambra. Turut dijual ketika itu ialah ais krim premium berjenama Lypn dari England yang dijual dari pintu ke pintu dengan menggunakan basikal roda tiga.Dengan kerja kerasnya dan kemahiran dalam perniagaan, Barkath Store telah menjadi pembekal tunggal produk makanan ke seluruh dunia termasuk gula-gula Hacks.

Dalam tahun 1965, akibat kelewatan proses menghantar gula-gula Hacks dan cukai yang tinggi serta persaingan harga, Abu Backer telah memutuskan untuk berkerjasama dengan pemegang lesen Hacks, White Hudson & Co., bagi mengeluarkan gula-gula tersebut di Pulau Pinang.
Menurut Barkath Ali, pada mulanya ayahnya mendapatkan khidmat pihak ketiga untuk berjumpa dengan pengurusan Hacks.Setelah melihat potensi pasaran gula-gula Hacks yang mendapat sambutan, White Hudson & Co., bersetuju untuk melabur dan berkongsi modal RM1 juta bagi membina kilang dan memasang mesin untuk menghasilkan gula-gula Hacks. Melihat kepada potensi jualan Hacks yang begitu besar, Abu Backer mula menyuarakan hasratnya untuk membeli tanda niaga Hacks dari White Hudson & Co. bagi edaran di rantau Asia Tenggara dengan berbekalkan modal RM2.5 juta.

Pemegang hak Hacks itu telah menjual tanda niaga tersebut kepada Barkath Store pada tahun 1987, membolehkannya menguasai pasaran gula-gula Hacks bagi negara India, Brunei, Thailand dan Malaysia.
Barkath Store mula terlibat dalam pengedaran pati minuman jenama Sunquick pada tahun 1960 apabila ia mengimport produk tersebut dari Denmark.

Sebagaimana Hacks sebelum itu, Sunquick turut berdepan dengan masalah cukai yang tinggi.
Pada tahun 1970, Barkath Store telah bertemu dengan pemegang hak Sunquick, Co-Ro Food A/S Denmark bagi membuat produk itu di Mak Mandin, Pulau Pinang dengan membawa masuk pati jus berkenaan sebelum memprosesnya di sini.

Pada tahun 1978, jenama Sunquick mula dikeluarkan menerusi syarikat Barkath Co-Ro Manufacturing Sdn. Bhd., dengan bermodalkan RM15 juta hasil perkongsian 50-50 dengan syarikat induk dari Denmark itu.``Sehingga kini kita telah berjaya menghasilkan pelbagai perisa Sunquick.
``Sehingga sekarang, kita mengeluarkan lapan perisa dan menjadikan Malaysia sebagai negara terbesar pengeluaran produk tersebut,'' katanya

Sumber:
http://jutawansenyapsenyap.blogspot.com/2008/12/jenama-sunquick-naikan-nama-barkath.html

Gelas Sunquick 2010



Mulanya ke pasaraya nak beli Sunquick botol kecik jer, tapi bila tengok dapat percuma gelas bila membeli botol besar, sambar jer la. Ni tak purba la ni..lagi 20 tahun tengok....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...