Search This Blog

Wednesday, November 10, 2010

Set pinggan Quaker




Salam 1 Malaysia. Dah lama tak online dek kerana kesibukan tugas.Minggu lalu aktiviti begitu padat.Bila siap kerja, kereta pulak buat hal.Dalam sibuk-sibuk tu sempat jugak singgah kat kedai barangan terpakai.Manalah tahu kalau-kalau ada benda yang nak jadi rezeki.
Dari kejauhan terlihat berberapa keping pinggan yang agak lusuh. Dengan debu melitupi hampir keseluruhan permukaannya, aku memeriksa secara ala kadar. Seperti ada suara-suara aneh membisik agar aku menyentuhnya.Perlahan-lahan
 aku membelek dibelakang pinggan ini sekeping demi sekeping. Tertanya dalam hati, adakah tulisan Quaker yang tertera dipinggan ini adalah siri keluaran Quaker Oat yang popular itu atau adakah memang sengaja koleksi ini diberi nama Quaker.Apa maksud Budoo No Ki Design. Adakah itu satu perkataan dalam bahasa jepun. Kepada sahabat, mohon diminta jika ada penjelasan terperinci mengenainya.setakat ini hanya ada 8 biji pinggan, 1 mangkuk sup dan 1 mangkuk kecil.Jika kalian ada info tentang set ini, tolong beritahu daku apa yang kurang.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...