Search This Blog

Wednesday, August 17, 2011

Jejak kasih Nescafe Gold

Salam semua. Bulan Ramadhan yang mulia ini tak dapatlah nak menjalankan aktiviti mengumpul mug seperti sebelumnya. Hari-hari sibuk menguruskan perniagaan lemang di Bazaar Ramadhan. Dari pagi sampai ke tengahari sibuk menyediakan lemang. Manakala petang pula dah sibuk di Bazaar Ramadhan. Kalau dihitung, hampir sudah 3 minggu tak meronda di kedai bundle untuk mencari mug. Namun semalam, ketika ingin membeli beras pulut di sebuah kedai runcit, terlihat kelibat piring hitam segitiga bertulis Necafe Gold. Cuba-cuba mencari pasangannya namun tiada diketemui. Lantas bertanya kepada tuan kedai berapakah nilai kalau beli piring itu sahaja. Tuan kedai berkata"kalau berminat, bawak balik sajalah kerana cawannya dah tak ada." Dengan pantas dibawa keluar dari kedai beserta ucapan "terima kasih".


Kalau tengok dari atas, bentuknya tak ubah seperti sekeping pick gitar. Apakah pick gitar tu? seseorang bertanya. Untuk pengetahuan anda, pick gitar adalah satu alat yang digunakan kebanyakkan pemain gitar. Dengan menggunakan pick, bunyi yang terhasil lebih menarik dari mengunakan jari. Gambar pick gitar seperti dibawah.
Sebelum ini, aku ada sebiji mug Nescafe Gold dalam entri sebelumnya, tetapi tidak terfikir yang sebenarnya mug ni ada pasangannya. Jadi sekarang, kira dah berpasangan lah mug aku ini. Kalau mug ni bernyawa, pasti bahagia kerana ada teman baru disisi. Tidaklah terasa sunyi.
Aku juga yang sorang-sorang..huuuuuuuu..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...