Search This Blog

Thursday, October 28, 2010

KFC Stuff

Kentucky Fried Chicken.Teringat lagi ketika mula-mula menjejakkan kaki ke restoran makanan segera yang satu ni pada bulan Ogos 1992. Ketika rakan-rakan yang lain termasuk bro Rasli memesan berbagai jenis makanan, aku hanya mendiamkan diri dan mengikut saja apa yang dipesan mereka. Aku langsung tak faham apa ke bendanya maksud-maksud snack plate,wedges dan macam-macam perkataan lagi.Bila sampai hidangan, aku pelik juga sebab takde nasi melainkan lauk je.Maklum le, orang kampung baru datang bandar, kena ketawa la bila tanya nasi. Tapi siapa sangka KFC sekarang memang dah ada nasi!

KFC bukanlah
restoran no 1 dalam list aku sebab aku ni jenis yang tak berapa makan ayam.lebih-lebih lagi yang goreng bersalut tepung ni. Kalau goreng ala kampung lagi best. ye la selara masing -masing. Bila ada lauk ayam, aku memilih pulak. Ayam pencen tak makan, ayam kampung tak makan, ayam hitam tak makan, ayam tambatan dan ayam bukit bintang tak tau le pulok!

Kenapa KFC selalu diangkat menjadi medium pertemuan dua pasangan yang baru untuk memula kan suatu proses perhubungan?(bahasa dewan parlimen).Kenapa orang suka dating kat KFC? (Bahasa pasar).Salah satu ciri yang menjadi pilihan ialah kebersihan premis, layanan mesra dan tentulah produk KFC itu sendiri. Yang penting bagi aku cashier tak pernah tanya "Bang ada duit kecik tak?"



Melalui pengalaman, 100% kenalan wanita memang mengemari KFC.Tak pernah jumpa lagi perempuan yang tak suka KFC.Yang terkini, kira-kira 8 bulan lepas ada sorang awek ajak aku dating tapi dengan syarat aku kena belanja KFC!

Bila dah sorang-sorang ni aku kenkadang masuk juga KFC sebab ada WIFI!

2 comments:

  1. KFC ni dah jadi budaya pemakanan orang Malaysia,budak kecik umur 2 tahun pun dah kenal KFC.Kalau depa dah nampak logo muka pakcik putih tu siapkanlah duit,tak ikut depa mogok tak makan pulak.

    ReplyDelete
  2. ha ha peristiwa ni kat Bandar Kluang..aku masih merindui kenangan bersama rakan2 di johor..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...