Search This Blog

Sunday, December 19, 2010

Kisah Hand phone 2


Sebelum adanya Sony Ericsson, Handset keluaran Ericsson menjadi kegilaan aku. Masa itu Ericsson belum bergabung dengan Syarikat Sony lagi. Aku memiliki berberapa Model Ericsson. Tapi yang masih berada dalam simpanan dah tak berapa banyak. Model Ericsson T28 memang unik bagi aku. Dengan Style Flip dan nipis, bangga sungguh bila disangkut di dada. Style ni memang popular dulu. Sampai sekarang pun ada kaum hawa yang buat cam tu.




Kalau tengok pada harga seperti tertera dalam resit tu, tak kan aku beli Handset sebegitu dengan harga RM1200. Masa tu duit banyak beb. Buat Overtime jer dah cover balik. Dulu-dulu kita berlumba-lumba untuk memiliki Handset nipis. Malu kalau tunjuk atas meja Handset besar. Tak canggih konon. Sekarang dah terbalik pulak. Lagi besar handphone, lagi banyak function macam Apple Iphone.



Model 1081S ni aku dapat hadiah. Walaupun tak berapa canggih dari Model T28, aku guna juga sebagai Handphone kedua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...